Thursday, February 26, 2009

++ Oh Le-la-ki-ku ++


DULU...
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah,Saifullah
Tokoh ramai tak terkira


KINI...
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya... boneka yahudi



DULU...
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi



KINI...
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat,perogol bersiri


DULU...
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al Mu'tasim kebanggaan wanita


KINI...
Ribuan wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga


DULU...
Bila wanita dibawah jagaanya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda


KINI...
Bila wanita dibawah jagaanya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas,binasa


DULU...
Lelaki mengadai nyawa dan harta
Untuk mengangkat kemuliaan agama


KINI...
Lelaki mengadai nyawa dan harta
Demi nafsu,dunia dan seisinya


DULU...
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad,tekun berdakwah



KINI...
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermasaalah tenaga tak dikerah



DULU...
Lelaki memperjuangkan deen dan umah
Al farouq,Zunurain mati terbunuh



KINI...
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh


DULU...
Lelaki bersatu memhadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh


KINI...
lelakinya berpuak dan berpecah
Sesama sendirisaling bertelingkah


Kembalilah lelakiku
Pada kelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu...


Khas untuk kaum lelaki sebagai renungan bersama...

2 comments:

Zera Zylgwyn said...

hm~
nice entry~
btol juga kn~
tu la fenomena yg byk blaku skrg~

tp kn mama~
ade 1 correction~
sila betulkn...

DULU...*(spatutnye KINI)kn?
Bila wanita dibawah jagaanya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas,binasa

ika(mama) said...

iiii nora...tq 4 give ur comment..sy dh btolkn perkataan "Dulu" kpd "Kini"...keep in touch k..